Sunday, January 24, 2010

Basikal ku...



Hujung minggu ni rajin pulak buat projek. Basikal ni akhirnya dah dilukis...idea tulisan husband yg lakarkan..bunga zaleha sekuntum tu pun dia yg suruh tambah biar nampak manis. dia kata byk2 lukis tak lawa..inilah hasilnya...




zoom dekat sikit...sori gelap sikit....(camera hp tak keluar flash)

da...selamat mencuba buat kwan2 yang minat melukis..bye..

Projek hujung minggu lagi...

hasil ubahsuai koleksi outdoor atas almari lama kat tepi sliding door. beginilah hasil setelah spary tin biskut..ada tampal menampal dan folkart....(ayam bukan lukis tau, text je ratna buat) nak tengok lebih dekat jom..jemput datang rumah.

Dapurku...ada sedikt perubahan....


saja nak n3 sikit gambar kat kawasan dapur ratna yg dah sedikit berubah hari ahad semalam. Rak besi 2 tingkat tangkap dr rumah uda, tin quarker oat dah spray hijau dan di tampal tisu, tin2 kecil beli di kotaraya, tin enamel 3 beradik bertulis sugar, coffee dan milk tangkap dr koleksi rumah uda..he..3. nak order grilled cheese..boleh..35 sen je..



mangkok dan periuk enamel dan ditampal dengan tulisan bread, sudar, flour, meat, rice..ratna buat sendiri text tu kat opis..ada yang berkenan ke....he..3

Projek Hujung Minggu

Salam rakan blog..saja nak share projek hujung minggu di rumah ratna di setia tropika..kesian pokok lengkuas daunnya terkena spray sekali. buat projek ni pg ahad lepas..tengok cuaca ok..kurang berangin. so ratna lepaskan gian nak spray barang.


Pink colour, spray pada tin nestum anwar dan pasu tin lama

Hijau lembut, pada tin biskut, rumah burung..


Hijau lembut.., tin quaker oat, baldi kecil dan tempat siraman..

Idea spray untuk orang yang nak jimat cat arcylic dan nak cepat....satu botol beloh dpt banyak barang dlm masa kurang dari 30 minit.

Barang Baru Kak Ina Store

Salam rakan blog semua..hari ni ratna nak share barang2 jualan kak ina. sori kak ina yea baru sempat nak n3 barang2 ni..mcm biasa kpd sesiapa yg berkenan..terus contact kak ina..

carpet cup cake (hand painted by kak ina)


carpet cup cake juga tp pink colour (sold) (dibeli oleh Jiha, BBU) boleh order kot..


barang2 decopage masih available, tin pink sold



dah sold, boleh order kot..




still available...


kak ina juga jual pin tudung (buatan asli kak ina)



boleh sangkut kat bahu..





boleh sangkut kat kepala juga..

Bye..selamat menjamu mata...

Gadering Blogger, English & Antic Zon Selatan at Setia Tropika

Jemputlah masuk ke dalam...pintu telah terbuka...
di No. 2, Jalan Setia Tropika 3/20, Taman Setia Tropika, Jalan Kempas Baru, Johor Bahru, Johor

Salam rakan2 blogger semua..dengan berbesar hati Ratna nak jemput rakan2 blog yang berada di sekitar JB untuk bertemu dan berkenal-kenalan dalam perjumpaan simple di rumah Ratna di Setia Tropika pada 31 Januari 2010 antara jam 12.00 hingga jam 3.00 ptg.


Jemputan ni adalah rentetan dari permintaan adik2 yang teringin nak ke rumah hujung minggu ratna ni. Maaflah kalau rumahnya macam rumah tinggal sebab ratna tak duduk sini jadi kemaspun sekali-sekali je..apa2 pun ratna harap dengan majlis ini nanti kita akan dapat lebih saling kenal-mengenali..


Kepada sesiapa yang berminat harap dpt sahkan kehadiran dengan pengurus lawatan (Pn. Eija from eijacottage) melalui sms 0167525078 untuk tujuan logging (maaf, penginapan tidak disediakan).
Juga boleh confirmkan kehadiran dengan ratna (sms ke 019-7501700) sebelum Khamis 28 Januari 2010.
Da...jumpa di sana bye..





Friday, January 22, 2010

Hunting Kedai Melayu Kali Ke 2

Salam semua rakan2 blog. Tghari td sempat berkunjung ke kedai pak cik Kedai Melayu buat kali ke 2. Alhamdulillah..hari ni kedainya bukak sebab kata salina ithnin, kedai ni dah 2 hari tak bukak. Betul kata pakcik..dia tutup sebab pegi KL, kakaknya yg dulu jaga kedai ni dah meninggal kerana kanser payu dara. Ratna pegi dengan kawan.. Jiha dr BBU. Nasib kami baik sebab masih banyak lagi pinggan OC merah putih.

(Ni..cerita je dulu tau..besok2 ratna n3 gambar2 pulak yea..tak sabar nak storey ni..)

Jiha dapat set OC (teko, 6 cawan dan piring2 kueh). Pun tangkap beberapa pinggan pink polos. Pak cik juga bukak satu kotak barang orang punya tp belum bayar dan dah lama tak ambik2.

Ratna dapat sedozen cawan bunga Ros Hitam Pink, dan setengah dozen cawan Ros Bunga Hitam..rezeki....Rupanya lepas ratna pegi jumaat lepas Cik Mat Gebu pun pegi kedai ni jugak...borong apa lah agaknya..

Kepada kekawan yang nak prgi beli..belilah cepat2 sebelum kehabisan. Moga2 barang kedai ni dapat cepat dihabiskan dan pak cik boleh tutup kedai dan menetap di KL...seperti yang dihajatkan.

Semoga rezeki pak cik ni bertambah2.....

Tuesday, January 19, 2010

Hunting Barang Antik

Salam rakan2 blogger semua..kali ni ratna nak share hasil hunting ratna dan seorang kawan baik (shima dr kasihayahbonda.blogspot) di Kedai Melayu, No. 23, Jalan Trus, Johor Bahru). Actually, kedai ni kwn baik ratna juga yg perkenalkan. dah lama tau tempat ni tp tak pernah pegi. bila tengok ramai rakan2 dlm blog dok kumpul brg antik..ratnapun rasa nak kolek pulak..jelous....(dan yang penting Cik Mat Gebu juga pelanggan kedai ni...)
di hadapan Kedai Melayu, milik seorang pak cik melayu..menjual barang2 pinggan dan mangkok lama..pun ada sedikit brg baru. menurutnya kedai ni mula beroperasi sekitar tahun 1930 an oleh ayahnya..

yg terkumpul kat dpn ialah barang2 yg ratna beli. pinggan plastic kat belakang tu tak beli. lama jugak kami menyelongkar kedai ni. dari sudut ke sudut. dari atas ke bawah, dari kiri ke kanan..penat berdiri, mencangkung pula.. sampai bukak2 kasut..keletihan...tu baru pegi berdua..kalau ramai2 lg pengsan...

apa yg ratna beli : teko dan cwn bunga kuning, 2 cwn bunga hitam, beberapa pinggan maekin biru, hijau dan pink, kole2, tarmos & pinggan bunga merah putih



jumpa tier ni masa tengah nak bayar. simple je buatan plastik je..boleh buat display kot..



tarmos air dan tarmos nasi yg dah rosak, pun ratna beli dgn harga murah..




dpt satu kole yg besar bertutup. dua lagi dah tak de tutup..dia jual murahla...



kole ni special sikit. ratna tak pernah nampak..ada 2,3 lg kat kedai ni..tp memang tak de tutup.



puas cari timbang yg murah dpt pulak timbang lama dan dah berabuk2..mintak discount dpt 15 ringgit je. buatan Japan you.. timbang ni masih ok dan boleh pakai.




hasil make up oleh sayalah...hujung minggu tu...instant punya style..pkai je apa2 bhan yg dah ada kat rumah. kotak kosong pun boleh jadi..asal nampak timbang tu tinggi sikit. kat rumah welly dulu2 letak ayam kat atas timbang, ni ratna letak anggor lah yea.....kole terkecil tu..pak cik kaci free...



tak tau nak letak mana..instant punya style.....buboh brg2 antik ni kat sinilah...biar dia geng dekat kwsn country..
kepada sesiapa yg berminat nak kunjungi kedai ni....silalah..sebelum kehabisan. susah tau nak cari kedai yg jual pinggan2 lama kat jb ni....next time ratna share dgn kwn2 pinggan2 dan teko yg ratna beli kat sini...da... Buat eija..apa lg teruskanlah perjalananmu...kat sini mesti byk pinggan yg awak berkenan...Bye..



Thursday, January 14, 2010

Facing Brick

Salam kawan2 semua..hari ni ratna nak share pasal facing brick yang ratna ada tampal kat dinding rumah di tropika. ratna buat n3 pasal ni sebab ada ramai kawan2 yg tanya macamana bentuk dan rupa brick ni.

(pandangan tepi)
dia sebenarnya tipis je. struktur dan rupa macam batu-bata biasa tapi bezanya dia tipis. nak tampal kat mana2 kena tampal satu persatu dengan jarak yang bersesuaian antara satu sama lain. biasanya contractor yang pasang tile tau macamana nak buat.


(pandangan hadapan)

(pandangan dari atas)
saiz lebar dan panjang mcm batu bata tapi nipis.
Buat kawan2 yang nak cuba tampal kat dinding luar rumah..bolehlah cuba idea ni, nampak country you...Kalau tak penuh dindingpun tampal kat bawah tingkappun boleh...
Bye..dan selamat mencuba.

Saturday, January 9, 2010

Welcome To My Country Wet Kitchen



Salam buat semua rakan2 blog yg lama dan yang baru pertama kali berkunjung..thanks kerana sudi jengah rumah dan isi2 rumah yang tidak sepertinya ini..Kali ini ratna nak share dgn kawan2 kawasan dapur basah dan separa basah kot..

Dapur idaman ratna kat kawasan ni sebenarnya imej country sebab tu warna kabinet, tile dinding dan lantai pakai terra cotta.


Pandangan dari dapur kering ke dapur basah
(kabinet menyimpan barang dan tempat buat air dan susu Anwar)


DAPUR BASAH SUDUT KIRI


Tempat masakku yang simple


Atas, ada himpunan enamel, tin biskut, bakul merah SSF




Kat dinding tepi sink ada hasil belajar folkart dengan En. Zahir Creative Cottage


cerita pasal tile terra cotta kat dinding, kat dinding ni kontraktor potong kecil2 dr yang besar. dah siap potong baru tampal satu2..leceh dan rumit nak buat..tapi ratna puas hati..terra di lantai dan di dinding..



Zoom tin susu lembu tempah kat kedai ayan, Tampoi. ratna tampal sticker lembu




Zoom sikit...apa yg ada kat atas kabinet (atas dapur masak)


NEXT.......KABINET SUDUT TENGAH (ATAS SINK)





gambar bawah : sedikit koleksi jug kecil enamel merah..MILO tampal sendiri, periuk kecil bertutup kuning (beli kat kedai 2 ringgit),


gambar atas : tiga periuk bertelinga berlainan warna, bentuk dan saiz (enamel all come in kluang



NEXT...DAPUR BASAH SUDUT KIRI (BERSEMPADAN DENGAN DAPUR KERING)



Tempat masak kanan, sink kat tengah, peri ais kat kiri bersempadan dengan dapur kering.
Atas ada koleksi enamel from Kluang With Love..iaitu periuk 4 beradik dan 1 mangkok besar..

Guni comel berisi batu dan surat khabar..(asal berat dan gemuk) ratna tuliskan FLOUR. Guni pemberian kak ina (Zalina, Anjung Seri) semasa kak ina dtg rumah ratna di Tropika ni..


(Gambar lama)

Dulu guni duduk atas peti ais bersama2 dgn sebakul epal, tp hari ni dah bertukar tempat, yang lain masih sama.



Zoom..dekat sikit.....Projek akan datang nak tampal tulisan kat periuk2 ni contohnya Flour, Rice, Mee dan lain2...

Bakul epal dah tinggal berdua dengan bunga je..kesian..




Zoom...bakul dan epal2 nya....Bakul kosong beli kat SSF, ratna letakkan kain merah kotak2 dan epal tiruan...dalamnya letak surat khabarlah...mcm buat hantaran dulu2 tu...




Zoom....Periuk enamel bertutup 4 beradik



NEXT...DAPUR KERING DI DAPUR BASAH..SEPARA BASAH KOT...



(pandangan dari tempat masak ke dapur kering)

koleksi masih belum banyak dan kurang kemas...masih dalam proses upgrading kononnya..



Zoom..tengok apa yang ada..

slice cake beli dr kak ina, roti2 from SSF, tier beli kat SSF, pelita...eija punyalah tu..,

kotak kayu hijau (beli kat adelaide) simpan 3 in 1 coffee kluang cap television (promosi!!!),

papan tulis meals beli kat adelaide jugak...




sudut buat air teh, kopi dan sebagainya...he..he..




Pelita asal eija sebelum di make up


Pelita eija selepas di make up

zoom sikit...slice cake beli dari kak ina



Kotak hijau isi kopi cap television, kluang 3 in 1. kotak ni beli masa jalan2 meronda kat adelaide, masa tu melawat husband yg belajar 3 bulan kat sana dlm program phd utm dan u adelaide. banyak jugak kedai bundel yg kami redah. nasib2 dapat brg folk art ni. juga dapat beberapa piring dan cawan juga brg2 lain..next time ratna n3 koleksi tu lak.

papan meal juga beli dr kedai bundel kat adelaide




LAUNDRY AREA KAT DAPUR BASAH




eh..tertinggal pulak..kawasan laundry saya...

dulu2 tak plan nak letak mesin basuh kat luar sebab masa tu tempat jemuran tak pasang bumbung lagi. jadi mesin duduk dlm rumah kat tepi pintu keluar tepi dapur masak.

dulu2 ratna buatkan sinage ni...simple je kan.....



Mari tengok pulak tengok apa isi dalam kabinet...



cawan bawah abang belikan kat JB Bazaar, tengah cawan kopitiam from Kluang, atas beli kat Sogo dulu2...


bawah, tea set beli kat metrojaya, atas kiri dari Lovelylace, atas kanan cawan antik from Kluang




intai kat atas kabinet pulak....ada himpunan tin yang baru jinak2 nak mengumpul...ada beli kat kotaraya, ada buat sendiri dan ada tin lama2


oklah kawan2...panjang pula post kali ni...harap tak bosan...saja je suka2 nak share dengan kawan2..bukan senang nak entry waktu keje jadi kesempatan tak keje ni lah ratna cuba posting byk sikit. moga2 kawan2 mendapat idea untuk rumah sendiri atau untuk jualan...juga dapat beberapa lubang kat mana nak hunting....bye..jumpa lagi..