Monday, March 15, 2010

Kedai Barangan English di Kluang

Salam semua, lepas baca entry kak nj, terus tanya eija kat mana diaorang nampak kedai ni kat kluang. ratna yg orang kluang ni tak perasan pulak kedai ni..minggu lepas lepas meeting kat MPK kluang, ratna singgahlah kedai ni. Kedai kat sebelah Hotel Nagaria Inn, Taman Intan. On the way ke bandar kluang kalau dr air hitam dia sebelah kanan jalan utama, sure boleh nampak.


Barangan yang dijual cantik2 belaka, hargapun berpatutan. Lebih kurang mcm barang yg ada jual di kedai FIDZ, kedai di Kotaraya dan Romantika Angsana. Yang menariknya ratna dpt tangkap...tangkap gambar je..gambar 4 almari yang ada dijual di sini....





eh terposing kat wing chair pulak...


almari hijau ni cantikkan..




ratna pun berkenan yg ini, nampak rustic dan elegan



yang inipun cantik, macam gobok lauk (bahasa org johor). pintunya ada jaring2 mata punai




almari ni yg paling ratna berkenan (kalau undi antara 4, yang ni no. satu)..hasrat di hati nak beli yg ini. kalau letak kat dapur kering ratna tu cantik agaknya, sedondon dengan kabinet cream sediada....berangan lah dulu...harganya 2 ribu lebih..buatan china...tengok budget dululah...


kawan2 yang duduk sekitar Kluang, mcm cik mat gebu tu..ha..apa lagi..pandai2kanlah diri utk terjebak dalam membeli dan mengumpul barangan english pulak..asyik antik je.....acah je..gurau je tau cik mat....jgn marah, antik tetap antik, masak tetap masak..english tetap english semuanya ok kan kawan2...bye...



Happy Birthday Amira & Alisa

Salam kawan2 di alam siber. Kali ni nak keluar sikit topik pasal barangan english atau antik..saja nak memenuhi permintaan anak2 untuk entry pasal birthday pada bulan lepas dan bulan 12. Alisa genap 9 tahun pada 22 feb yang lalu, amira pulak genap 13 tahun pada 19 disember yang lalu..Apa2pun ibu ucapkan selamat hari lahir dan semoga rajin2 belajar, rajin solat dan berusaha untuk menjadi yang terbaik...
Birthday alisa buat kat rumah tropika je..

Mira dan sepupunya dr terengganu, Era

Birthday mira buat kat pizza hut, setia tropika
(mereka berempat dan 2 sepupu dr terengganu mereka yg kebetulan bercuti di johor)



Sunday, March 7, 2010

Kedai Barangan English

Salam semua..kali ni ratna nak share barang2 english yang terdapat di kedai....

FIDZ'S Fine & Fanciful Shoppe di No. 87, Jalan Seri Impian Emas 1, Taman Impian Emas (berhampiran dengan Caltex)

Pemiliknya...Pn Faridah (Ida) Hj Ithnin, buka setiap hari kecuali hari Ahad. Seeloknya kalau nak pergi call dulu o12-7771757/ 1257 atau 07-5541757

Macam-macam koleksi barangan english ada dijual di sini. cubalah tengok beberapa foto yg ratna sempat ambil hari tu....


pelbagai saiz bantal


rak di tengah-tengah ruang kedai



pandangan dari dalam kedai ke arah dapur. bilik bos kat sebelah kiri gambar, bilik aktiviti/class kat sebelah kanan gambar.




antara barang yang di jual



Hiasan dinding



3 tier untuk simpan cup cake



koleksi decopage dan lain2



pelbagai sarung2 bakul sampah, bantal2 dll..



koleksi enamel bersticker di sebelah kanan







akhir sekali..beberapa koleksi rak hiasan dan barangan english....


sesiapa yang berminat nak mencuci mata..sudi2 lah cal kedai atau hp faridah...


sampai sini dulu iklan dari blog ratna....bye..semoga rezeki faridah bertambah2...da....



Fresh Egg for sale

Salam semua..rindu kat kalian semua..hari2 bekerja di pejabat sungguh memenatkan, malam pula sibuk menguruskan anak tuitn. hari minggu pula..sibuk dengan my weekend husband yang tiap-tiap minggu balik dari KL. Pun sibuk sikit sekarang ni dengan urusan untuk mengubahsuai pejabat baru RA PLANNING di bandar baru uda. Rindu nak buat itu dan ini terutama projek spray barang dan nak lukis folkart....
hari ini saje nak share basin enamel yang ratna beli dari KEDAI MELAYU tempohari dgn harga rm15 je..tak tahu nak letak apa..letakkan ayam batu dan telor2..


Monday, March 1, 2010

Purple in Love

Pada cuti CYN yang lepas iaitu tanggal 14 Feb, sepupu ratna di Kluang kahwin bertemakan purple. semua mak2 sedara dan sepupu sepapat pakai baju seragam yg dibelikan oleh mak pengantin (mak oda). walau bagaimanapun, sebelum majlis bersanding kami dah bertolak balik ke terengganu. apa2pun sempat makan nasi ayam yg dimasak oleh tukang masak khas (husband sepupu)..sedap..


anakanda Izzah dan Alisa bersama 2 pupu mereka


cewah..mak darapun sempat posing sikit kat pelamin


me and mak sedara (cik yam) dan baju seragam kami....purple


semoga perkahwinan wan dan isteri akan berkekalan hingga ke akhir hayat..amin



Ole-ole Semasa Cuti CNY

Kiri (Periuk Enamel beli di Terengganu) Kanan (Periuk enamel beli di Kluang)

Salam semua..rindu sangat nak update blog. dah 2 minggu tak update ni..bukannya apa, cuti seminggu balik kg terengganu tpt husband. dah balik jb usb cable hp pulak hilang. baru minggu lepas jumpa..tp masih tak sempat nak n3 pulak sebab...sibuk dengan urusan pejabat dan anak2.


Ni..ratna nak share sikit beberapa foto kenangan semasa bersantai di Pantai Batu Buruk, Terengganu...

(balik ganu tak shopping byk pun...tapi ratna dpt 2 periuk enamel kuning...best gitu..)