Monday, December 28, 2009

Sepetang bersama kak ina

Salam rakan2 blog semua..petang ni ratna sempat meronda dengan seorang jiran (kak anim, bbu) ke rumah kak ina (yg pernah masuk majalah anjung seri). sebenarnya kak ina byk jual barang hasil dari kreativitinya sendiri..nak tengok apa yg ratna dah beli....jom layan..



di hadapan rumah kak ina



kak inapun ada jual faux cake. yang ni cake besar...saje nak tayang..

(kak anim, ratna dan kak ina)



ni pula koleksi beg tangan bantal hiasan yg kak ina jual. saje posing sorang satu..wat promosi ni kak ina...



sempat tangkap brg yang kak ina jual kat rmh dia...
bakul sampah pun ada penutup. biasa org jual tak de tutupkan..bila dah bertutup mcam cup cake pulak kan...he3



zoom in bantal hiasan berbentuk beg. sesuai letak kat kerusi mcm ni kot..



ha..ni bantal panjang saiz giant..terpanjang di asia..acah je..yg ni ratna beli sebab berkenankan corak countrynya....gambar rumah2 dan kebun2...(kain beli kat singapura). cdg nak letak kat sini..atau kak ina kata kat atas katil..buat sementara letak kat sini kot.




bantal kecik nipun ratna beli tadi..tambah koleksi...



bantal terakhir yg ratna beli tadi..



cuba2 letak kat kerusi jati ni..tak tahulah sesuai ke tidak yea kwn2...



nilah sebenarnya kereta sorong yg ratna tempah dr kak ina. ambik barang ni terambik sekali barang lain..biasalah tu kan..kalau dah berkenan...kereta sorong ni bakal dicat putih dan dimake-up oleh tuannya...tunggu...
kalau ada sesiapa yg ada terbekenan barang2 yg kak ina jual sms kat ratna..nanti ratna tolong panjangkan hajat kalian...bye..

Sunday, December 27, 2009

Welcome back....

Welcome back...to my 3 seater sofa from Fella Design, Plentong...Baru tadi sampai...lepas kena repair, letak kayu kat bawah tempat duduk biar tak melendut bila duduk. asalnya design sofa ni memang mcm tu tp kami takut nanti patah kami antar fella minta pasang kan supporter biar nampak kukuh sikit. Ha..kat sinilah tempat asal dia...
2 kerusi makan yg ratna pinjam aritu dah pulang balik kat meja makan tamu. bunga besarpun dah balik tempat asal kat sudut tulah...




bunga besar yang dah balik tempat asal




Saturday, December 26, 2009

Koleksi dapur kering

sambung post yg semalam...kali ni..... zommm..zoom..apa ada dalam kabinet tu...


bahagian atas ada koleksi rojak..dulu2 beli kat kedai usj (dulu tahun 1999 ratna jual pinggan jugak)
lagi koleksi rojak, atas dari new zealand dan singapura, tengah koleksi dari dr singapura dan romantika

bawah sekali koleksi yg hubby belikan dr new zealand



koleksi pinggan biru2 di sebelah kanan kabinet..ha sebelah dinding yg ada wall papaer tu masih kosong..tengah fikir projek apa nak buat dan letak kat sini..projek tahun 2010 kot...




koleksi biru2 di sebelah kiri..barang2 ni ratna kumpul dah lama dah sekitar tahun 2002 lagi..masa kat rumah lama bbu dah ada..sayang nak let go...simpan je sebagai kenangan...antikkan...



shelf tu beli kat ssf... frame teko dan buah2an..., gambar beli kat singapura frame buat kat kedai cermin tampoi





zoom dekat sikit.....pinggan buah koleksi lama masa menjual pinggan dulu. bakul merah beli kat ssf, dulu letak roti perancis yg dikeringkan tp dah rosak (nak kena buat semula). buat sementara letak bunga je lah...



balang kaca coklat famous amos hadiah orang..



cup cake beli dr kak ina nusa villa, roti pemberian kak ina masa pertama kali berkunjung ke rumah ratna...





zoom...pinggan apek. dapat tangkap teko, bekas gula, mangkok, piring kecil dan 6 pinggan makan. nanti nak cari lagi kat kedai apek tu..he3..


Jemputlah masuk ke dapur (part 1)

Jeng..jeng...selamat datang ke dapur ratna... yang tak sepertinya ini...dapur ratna ni sebenarnya ada dua bahagian..sebelah sini adalah dapur kering berkonsepkan cottage yang sebelah sana dapur basah berkonsepkan country. sini putih sana coklat..


dapur basah diasingkan dengan dapur kering oleh kabinet putih...dapur kering ni asalnya bilik tp ratna exchange dgn dapur basah asal. dapur basah jadi bilik, bilik jd dapur kering......dapur basah baru ratna buat di ruang extention..bersempadan dengan garden/kawasan jemuran



zoom...kabinet putih menempatkan porcelin biru2 dr cina beli kat singapura dulu2



zoom....side tepi tingkap



pandangan dari dapur basah ke dapur kering



kabinet putih cottage style...




zoom...koleksi dulu2 dan sekarang..baru makeup sikit semalam





sempat tambah reben2 kat alas2 dan lace...nak nampak shabby chic cottage kot...acah je..masih perlu banyak belajar dr suesafia...sumber inspirasiku...





zoom...tin susu beli kat kotaraya...baru pakai reben semalam...belum sempat tulis MILK ..
nak sambung lagi ni...ada gambar lg belum upload kawasan ni..


Folkart dan almari jati

Salam semua rakan2 blog..hari ni ratna nak share sikit beberapa projek folk art yg ratna buat dulu2 sekitar tahun 2007-2008. barang2 ni ratna letakkan kat atas almari jati berhadapan dengan pintu masuk utama...bukak je pintu dah nampak dah...

almari jati dan projek2 folkart yang terletak diatasnya.....apa isi dalam almari...tunggu next episode yea..



tin beli kat romantika, patern kerusi taman dapat dari en zahir



tin susu tempah kat kedai ayan (depan kedai cat pontian, tampoi), patern bunga tiru dari majalah.
(pandangan hadapan)



(pandangan sisi)


tin siraman beli kat ikea. buat pemandangan masa kelas dengan en zahir tahun 2007



tin susu ke 2 ratna buat bunga zaleha pulak. patern tiru dari dalam buku. buat bunga ni tak cantik sgt... sebab susah nak dpt stroke yg betul..tp ratna memang suka bunga ni...
kepada sesiap yang berkenan..boleh tiru yea..nak tempah...ratna tak ambik tempahan..buat untuk sendiri je...kawan2 leh buat untuk sendiri atau jualan....semoga bertambah rezeki dari ilmu yang dikongsi bersama...bye...



Friday, December 25, 2009

Decopage and Folkart Class

Alkisah..beberapa minggu yang lalu shima (yang bawak ratna jumpa eija cottage) aritu, dtg rumah di tropika dan belajar teknik2 asas decopage dan folkart. masa kelas berlangsung lupa lak nak ambik gambo..nilah rupanya hasil kerjatangan cik shima, bbu kita...
cawan ni beli kat hot market angsana, cantik jugak sebab ada gold line. dah tampal tisu royal albert. tiru dr cwan royal albert yg betul dr rumah ratna. amacam ok tak...

ni..penutup plastik. tak tahu nak lukis apa....


dah lukis bunga rose scalop..tangkap pakai hp, anak yg no. 2 pulak pegi edit bubuh bunga2....pulak tu dah transfer kat komp tak leh transfer balik dlm hp..nak edit balik tak boleh.....layan je lah yea cik shima......



Tuesday, December 22, 2009

Sepetang bersama Eija Cottage

Salam semua..petang yang bertuah ni ratna dapat bertemu dengan rakan blog yang pertama..eija cottage yang menjual pelita..atas jemputan kawan (shima). Bertemu di restoren remaja makanan laut, bandar baru uda. Pas ni.. eija & shima nak gender2 pg rumah ratna kat tropika..n nak ajak kwn2 di sekitar jb..nanti ratna arrange kan yea....maklumlah nak sembelih lembu ni..nak pasang khemah kot...acah je..


shima, ratna dan eija

beberapa pelita yang dibawa oleh eija..ratna dah ambik 3, shima ambik 6 you...


Monday, December 21, 2009

Jom masuk ke dalam...

Atas permintaan rakan2 blog..ratna uploade gambar dalam rumah pulak..inilah teratak sri iman ratna yang tak sepertinya ini...alhamdulillah dah 2 tahun kami tinggal secara sementara di rumah ini..maksudnya rumah hujung minggu sahaja...


Pandangan ruang tamu dan ruang makan tamu di tepi sliding door. Sebelah kiri adalah gambar ruang keluarga.

Pintu masuk utama menghadap almari jati terbuka menyimpan koleksi pinggan2 pelbagai sumber (dalam dan luar negeri). Sedikit pandangan ruang keluarga. Ruang keluarga asalnya adalah dapur kering tp ratna tukar kpd ruang ini. Dibelakangnya tu bilik bibik yang dahulunya adalah ruang dapur basah. Dapur kering dan dapur basah ratna pindahkan ke sebelah kanan gambar dibelakang ruang makan tamu.

Lagi sudut ruang tamu (kerusi 2 seater dan wing chair kesayanganku...)
Dua sudut pandangan di tepi tingkap kaca di ruang tamu (wing chair dan bench jati yang telah dicat ICI barley white)
Sudut di tingkap besar di bawah porch. Kerusi 3 seater hantar fella untuk service dah sebulan tak siap2 ada masalah teknikal sikit. Tak nak nampak kosong ratna letakkan bunga besar di tengah (asalnya di sudut) dan 2 kerusi makan di kiri-kanan, buat sementara...
Ha ni pandangan kabinet dan pintu stor bawah tangga juga troli kayu (warna barley white). naik tangga ada bungan dalam kaca ssf dan beberapa lagi koleksi gamabr bunga rose ratna..tunggu next post..