Wednesday, February 10, 2010

My Lovely Chicken

Kali ni nak share pulak hasil folkart ratna semasa pergi class dengan en. zahir, creative cottage, amcorp mall, PJ minggu lepas, beberapa hari sebelum acara gadering. Sebenarnya pagi tu ratna ada kerja kat Ampang petang tu pulak free sementara menunggu husband abis waktu pejabat pkl 4.30 ptg. Olehkerana besoknya dia ambik cuti (jumaat), jadi ratna baliklah ke JB dengan dia. (Husband keje kat Jab. Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia, Jalan Chenderasari, KL, dah masuk 8 bulan)..kesian saye..
Dalam buku en zahir, dia lukis ayam berbulu kelabu dan putih. tp ratna buat ni ayam bulu kekuningan..ratna suka sangat kat ayam ni..tercapai juga impian dan harapan nak lukis ayam warna ni..(en. zahir tu yg pilih warna..mcm dia tau je ratna nak lukis ayam ni...ha..ha..)


sifu tengah tolong buat last touch up

Actually dah lama dah ratna tak sambung buat class berdasarkan apa2 project kat sini. maklumlah class asas dah tamat, time nak buat project ni dah malas sikit. lagipun masa yang selalu tak mengizinkan...tahun lepas buat rose scallop (mcm yg ratna lukis kat peti surat hijau)..tahun ni dpt buat ayampun jadilah....

cabaran baru tahun 2010...nak memenuhi impian adik2 dan kakak2 di sekitar JB yg nak belajar folkart..cabaran utama adalah..sifu kecik ni taklah terror mana..cabaran kedua..susah nak dpt cat dan alatan lain......

InsyaAllah akan ratna tunaikan hasrat kalian..di waktu dan ketika yang bersesuaian...(nak wat mesyuarat dulu ngan my weekend husband and my weekend house)...he..he..tara..bye..


Goodies dari Aidura, Stulang Laut/Penderosa, JB

Salam kawan2 semua, tengok orang lain n3..rasa nak update blog lak lah.. Ni goodies yang Aidura, rakan blog yang ratna pertama kali jumpa di rumah ratna tempohari. Walaupun dia bekerja sebagai lawyer kat Rahman Saad & As tapi dia ni kreative abis..tak caya pergilah lawat 2 blog dia yg ada dlm listing ratna (petalsandberries.blogspot & twigsnfeathers.blogspot)
Seronok dapat kenal dengan dia..banyak perkara dapat share dgn kawan yg mempunyai minat yang sama...Dura..Nice To Know You..
Buat rakan2 baru yang lain..ratnapun happy sangat dapat kenal kalian..semoga kita bertemu lagi dilain waktu dan tempat...tara...(intan dan eija bila nak roger lagi?...)
akan ku simpan sebagai kenangan..
(maaf, terlupa nak ambik gambar hadiah dr kawan2 hari tu dan eg dr eija...tunggu...)

Sunday, February 7, 2010

Gadering at Sri Iman Part 2

Salam rakan2 semua..seperti yang dijanjikan ratna n3 beberapa keping foto semasa majlis hari tu...Acara utama sure acara makan2 dan sembang2 termasuk posing2...dan yang paling kemuncak acara exchange gift...siapalah yg dapat eg dr ratna yea..hasil lukisan folk art tu..
gambar bawah (dr kanan..kak yan, kak ara, anaknya dan aidura)
kak NJ, kwn eija (maaf nama lupa) dan eija


Inilah dia tetamu bertuah yang dapat eg dr ratna


ratna pulak dapat eg dr eija

kat bawah ni ada beberapa foto yg ratna sempat tangkap. setiap gambar ada cerita disebaliknya...tara...








yang last ni...cik puan eija begitu gembira mendapat goodies dr Aidura (hasil kreativitinya sungguh mengancam..kalau tak percaya cuba buka sini

oklah kawan2..sampai disini dulu..bye.

Wednesday, February 3, 2010

Gadering at Sri Iman, Setia Tropika

Salam para pengunjung setia dan blogger sekalian...maaflah sebab lambat entry pasal gadering ni..Kebetulan lepas majlis hari ahad tu..ratna sibuk sikit kat opis tak sempat nak upload gambar. cabel hp pulak tertinggal kat rumah tropika. tak dptlah nak update blog ni. semalampun ratna ada meeting kat kl, hari ni baru sempat nak update blog. Tapi maaflah sebab terpaksa pinjam gambar dari blog eija dan kak nj dulu..nanti ada masa ratna upload gambar2 dr hp ratna pulak..
Alhamdulillah berkat usaha keras Pn eija, dapat lah kami semua berkumpul di rumah ratna tempohari..thanks a lot eija atas usaha anda..
seronok sangat dapt jumpa kwn baru (geng2 eija), dan kawan baru melalui blog (aidura) juga kwn lama (shima)
Inilah gaya cun pengurus lawatan...

sempat juga ratna tunjukkan demo cara lukis folkart. maaflah kalau hasilnya kurang bermutu..almaklum ramai yang tengok..gugup gitu...

untuk tidak menghampakan harapan kawan2 nanti ratna akan buat class folkart untuk mereka yg berminat...




alkisah..mereka semua sepakat buat exchange gift tanpa pengetahuan ratna..so hasil folk art tadi ratna jadikan dia sebagai eg dr ratna kepada siapa yg bertuah...
ni..hadiah pemberian semua kawan2 yg datang dan yg kirim eg khas buat ratna selaku tuan rumah...
thanks so much kawan2 yea..terharu gitu dpt hadiah ni...
oklah kawan2 setakat ni dulu..nanti ada masa ratna upload gambar2 lain pulak...bye..
List nama yang atend adalah seperti berikut :
1. Yan (Tmn Daya) - 0166408186 (yanhomelife.blogspot.com)
2. IntanMT - 0127240324 (villaistana.blogspot.com)
3. Yana (Pulai Jaya) - 013-7670858
4. Ara (Pulai Indah) - 0197177835
5. Aidura (stulang laut) - 0197540000(petalsandberries.blogspot.com)
6. Shima (uda) - 0137525256 (kasihayahbonda.blogspot.com)
7. NJ (pasir gudang) - 0197138119 (hari-hari-nj.blogspot.com)
8. Leya (pasir gudang) - 0197730665 (leyazakwan.blogspot.com)
9.Eija (mutiara rini) - 0167525078 (eijacottage.blogspot.com)