Sunday, November 29, 2009

Almari lama dan orang-orang

Ini adalah satu sudut luar rumah di tepi sliding door. Ada almari lama yang telah di re-branding oleh abah suatu ketika dulu. Dulunya almari tempat display barang kat rumah nenek. dah lama simpan kat store, abah tukarkan kacanya kepada batang2 kayu kecil di pintu dan kiri & kanan badannya. Nak nampak berseri ratna buat decopage bunga rose. Ok tak kawan2?....Orang2 tu projek nak dekat raya dapat idea dari majalah LAMAN.


Lagi sudut di luar rumah

Suatu sudut garden di bahagian belakang yang bersempadan dengan raung ampaian. Pagar kayu putih tiru design dari buku, bangku tempat duduk bawah pokok kemboja pink abah yg buatkan. Pokok buluh dalam pasu baru pindah kat sini selepas ruang dapur tempat tanam pokok sayur dibumbungkan untuk jadi tempat ampaian juga. kesian dia..Di sudut ni juga ada 3 projek folk art yang ratna buat. satu di pasu pokok buluh, satu rumah burung dan satu penyodok garden kecil. Sila komen yea kawan2.


Sekarang ratna nak share projek bawah tingkap dapur di sudut garden pula...Tingkap ni sebenarnya kecil je..cukup untuk bagi pengudaraan di bahagian dapur basah. Nak cantikkan lagi kami buatkan awning hijau ni. Bawahnya tu ratna lukiskan folk art topiari pada pinggan. Jaring bersilang pangkah antara 2 tiang tu antara projek baru kami. Topi kebun yang di folk artkan tu baru buat sebelum open house raya tahun ni. Troli besi putih bawah tingkap tu ada storeynya...jeng...jeng..

Troli besi putih yang penuh misteri....ha ha ha.. Sebenarnya troli ni ratna kutip dari bwah pondok store di rumah abah di kluang. Mula2 warna biru tayarpun dah rosak dan tak boleh jalan. Dapat idea.. cat putih dan nak letak bawah tingkap ni. Ok tak?...


Nilah rupa pinggan yang telah dilukis...


Saturday, November 28, 2009

SRI IMAN di Taman Setia Tropika

Salam semua, seperti yang dijanjikan ratna share pula gambar di rumah baru TERATAK SRI di Taman Sri Tropika, Kempas, Johor Bahru. Nama Sri Iman ini dalah sempena nama rumah menteri besar terengganu negeri kelahiran hubbyku. Ratna akan rakam dalam beberapa part untuk lebih perincian. Part 1 ni adalah bahagian english gardenku.. ha.. ha.. nanti akan disusuli dengan bahagian-bahagian lain di luar rumah kemudain barulah ke dalam rumah...jeng..jeng..Moga kita boleh share idea berkebun dan menghias rumah ala-ala english kononnya.... Kalau ada yang berminat nak komen silakanlah..
WELCOME TO MY ENGLISH GARDENS........
Peti surat olok-olok di hadapan english gardenku...,
rumah burung di pokok Christmas


Overall view my gardens (pandangan dari hadapan)

(pandangan sudut anjung dari dapur ke depan)


(pandangan ke pondok, pagola dan ruang ampaian di luar dapur)


Pondok /pegola tempat kami minum petang


Koleksi gambar rose yang pernahku jual dulu


Ini adalah sebahagian gambar-gambar rose yang pernah ratna jual suatu masa dahulu. Sekarang ni dah tak jual dah.

Koleksi folk art di rumah lama

Lukisan folk art pada tin (dilukis sekitar tahun 2007)

Lagi koleksi foto di rumah lama

Nur Izzah Farhana di suatu sudut di ruang tamu, 2007

Nur Alisa Fatihah sebelum ke Rainbow Kindergarten Consert, 2007


Salam semua, lama dah tak update blog. Busy dengan tugas di pejabat. Ni ratna nak share foto-foto lama semasa di rumah uda. Lepas ni ratna upload foto2 di rumah barulak yea.



Tuesday, November 17, 2009

Koleksi Folk Art yang masih ada di Bandar Baru Uda


Projek folk art yang terawal sekitar tahun 2007

Salam semua. Lama dah Ratna tak update blog. Sibuk dengan urusan kerja di pejabat. Kali ini Ratna nak share sedikit himpunan koleksi dekorasi yang masih ada di rumah Uda. Rumah ni dah nampak kosong sebab barang-barang asas semuanya dah dipindahkan ke Setia Tropika (weekend house). Untuk pengetahuan semua, kami sekeluarga masih tinggal di Uda sebab anak-anak masih bersekolah di sini. Rumah baru yang kami beli 2 tahun lepas di Tropika hanyalah rumah hujung minggu. Penat juga mengemas 2 rumah ni dan tak tahu sampai bila....

Sunday, November 1, 2009

Rumahku di Bandar Baru Uda

Sambutan Hari Lahir Nur Izzah Farhana yang ke 9
Jamuan Hari Raya Tahun 2007 di Bandar Baru Uda


Foto kenangan anak2 bersama bibik Ramlah di anjung luar rumah

Salam semua. Ratna sebenarnya minat nak menghias rumah ala-ala english ni sejak tahun 1999. Dah lama jugaklah. Kumpul barang sikit-sikit dan menghias perlahan-lahan, maklumlah modalnyakan besar. Ni ratna nak share beberapa gambar rumah ratna yang tak seberapanya Sebenarnya ni gambar-gambar lama masa di Bandar Baru Uda sebelum beli rumah baru di Setia Tropika. Nanti ratna share rumah di sana pulak ya.

Salam Perkenalan

Salam perkenalan dari Ratna dan Nur Izzah Farhana,
Raya 2007 di rumah mak di Kluang

Salam perkenalan dari Nur Izzah Farhana, Nur Amira Faqihah,
Nur Alisa Fatihah dan Mohamad Anwar Raya di Kluang 2007

Salam buat pengunjung laman blog saya. Terasa bahagia sangat hari ini kerana berjaya membuka blog sendiri. Selama ni dok asyik tengok orang punya blog teringin juga nak share idea dekorasi rumah yang ala-ala english kononnya. Semoga dengan permulaan ini, saya akan mendapat ramai lagi kawan dan dapat bertukar-tukar idea menghias rumah dengan rakan-rakan blog yang lain.