Monday, December 21, 2009

Jom masuk ke dalam...

Atas permintaan rakan2 blog..ratna uploade gambar dalam rumah pulak..inilah teratak sri iman ratna yang tak sepertinya ini...alhamdulillah dah 2 tahun kami tinggal secara sementara di rumah ini..maksudnya rumah hujung minggu sahaja...


Pandangan ruang tamu dan ruang makan tamu di tepi sliding door. Sebelah kiri adalah gambar ruang keluarga.

Pintu masuk utama menghadap almari jati terbuka menyimpan koleksi pinggan2 pelbagai sumber (dalam dan luar negeri). Sedikit pandangan ruang keluarga. Ruang keluarga asalnya adalah dapur kering tp ratna tukar kpd ruang ini. Dibelakangnya tu bilik bibik yang dahulunya adalah ruang dapur basah. Dapur kering dan dapur basah ratna pindahkan ke sebelah kanan gambar dibelakang ruang makan tamu.

Lagi sudut ruang tamu (kerusi 2 seater dan wing chair kesayanganku...)
Dua sudut pandangan di tepi tingkap kaca di ruang tamu (wing chair dan bench jati yang telah dicat ICI barley white)
Sudut di tingkap besar di bawah porch. Kerusi 3 seater hantar fella untuk service dah sebulan tak siap2 ada masalah teknikal sikit. Tak nak nampak kosong ratna letakkan bunga besar di tengah (asalnya di sudut) dan 2 kerusi makan di kiri-kanan, buat sementara...
Ha ni pandangan kabinet dan pintu stor bawah tangga juga troli kayu (warna barley white). naik tangga ada bungan dalam kaca ssf dan beberapa lagi koleksi gamabr bunga rose ratna..tunggu next post..