Thursday, July 8, 2010

The Making of My New Office...(Part 1)

Alhamdulillah...Jun 2010, kami dengan resminya berpindah ke opis baru. Setelah genap 5 tahun usia syarikat, akhirnya dapat juga RA berpindah ke premis sendiri. Pejabat terletak di tingkat atas kedai 2 tingkat berhampiran dengan masjid UDA, tingkat bawah masih disewakan kepada D'sinnie Frozen food (menjual makanan frozen dan roti2 burger).

Interior dari luar di bahagian balcony...ada iras2 rumah ratna kat tropika tak?...(facing brick yg lebih dr tropika, ratna tampal kat sini...) tingkap tukar kepada alminium frame warna putih, grill pun putih, corak english...

Posing kat ruang tamu opis semasa celebarate student practical from UiTM, Perak (duduk kat depan). Ratna dan 4 orang staff (kat belakang)

Madam tumpang posing jap....



Ruang tamu dan ruang reception (sedang dalam proses pembikinan) Buat sementara ruang ni kami guna dulu perabut yang lama. Dalam proses nak buat ruang untuk pekerja pentadbiran spt admin asst., rak fail juga sign board opis.

Pandangan ke arah partition yang mengasingkan ruang tamu dan ruang bekerja untuk staff teknikal. Kat tepi ada tangga kayu dan besi untuk naik ke loteng (ruang library dan tempat lepak)



Ruang bekerja bagi 4 orang staff teknikal (lukis pelan dan buat report)

Susunatur sementara untuk ruang reception/ penkeranian, duduk bawah loteng. Loteng ni ratna buat selepas beli kedai ni.



Handrail rod iron (design sendiri) Ha..kat tepi tu ada 2 kerusi rotan IKEA putih ngan bunga...kalau sesiapa datang boleh ngeteh kat atas.


Lantai papan lamina Floor Depot kat dalam bilik ratna (gambar semasa belum masuk perabut dan lain2)


grill putih tingkap bilik ratna (sama design untuk semua tingkap)



lampu kat dlm bilik ratna, beli kat kedai lampu sekitar Tampoi Lighting Center


kabinet fail dalam bilik ratna (ditempah dari Mutiara Waha Enterprise, Kg Melayu), kualiti terjamin...harga berpatutan) warna putih cream seakan2 warna papan lantai.




tingkap kat surau (kat belakang)..sebelum pasang blind



setelah pasang roll blind (design pilih dr catalog)


end of part 1..to be continued ...


so..kawan2 sampai sini dulu cerita pasal opis baru ratna dgn kawan2. kalau nak tahu inilah yg ratna sibukkan dalam bulan 5 dan 6 ni...sibuk menguruskan pejabat baru...sampai tak sempat nak update blog....anyway...ratna rindu sangat2 dengan kalian..kadang2 curi2 jgk baca blog2 yg ada update...thanks so much kepada sesiapa yg selalu jalan2 kat blog ratna...hope can share something...bye.....

Friday, May 14, 2010

Bukak kotak lagi..

Salam kawan2 semua..malam ni bila budak2 dah tidur ratna ambil kesempatan nak n3. Kali ni pasal cerita bukak kotak lagi..Almaklum, bila dah ada tempat nak simpan..barulah kotak2 ni dibuka.

Actually, barang ni hadiah sempena hari raya yang lepas dari main client ratna. Barang ni dibeli dari Vietnam dan ada 2 set. Barulah kali ni ratna dapat mengumpul 2 tureen..selama ni dok tengok kat blog welly dan mat gebu je..

Koleksi Tureen ku yang pertama dan kedua...


keseluruhan set yang ratna dapat..(lebih kepada chinese style, banyak mangkuk dan kurang piring)


pandangan dari atas ada tulisan SETIA (main client ratna SP Setia Berhad)


ha..cop mohor kat belakang tureen since 1970 you....


da....sampai sini storey pasal tureen.... bye...

Wednesday, April 28, 2010

Koleksi yang tidak seberapa...

Salam raka2 semua..kali ni ratna nak share barang2 yg ratna beli kat Kedai Melayu dan sedikit koleksi OC ratna. Olehkerana ratna tak ada koleksi pinggan mangkok yang mahal2 mcm royal albert dan potmarion.. so, koleksi yang murah2 ni jelah yg dapat diletakkan kat sini..Anyway..ratna happy dapat menyimpan sedikit koleksi pinggan2 lama ni..

projek instant macam maggi mee..kain kotak2 beli kat kluang dipotong2 overlap dengan beberapa helai dolly yg dulu ratna beli kat adelaide, australia..tak payah jahit2 pun terus letak...Olehkerana tak cukup bahan nak hias..so, pakai je apa2 bahan yang sediada ada dalam rumah termasuklah cup cake...(sekali pandang mcm himpunan rojak agaknya...dollypun bercampur2 warna...ha..ha..)



overall view...Pun belum begitu mengancam..masih nak kena make up lagi ni...



zoom sikit dari angle kanan kabinet



zoom kat pinggan biru..ada yg maekin made in london ada yg made in china..Olehkerana ianya koleksi biru so ratna letak kain kotak2 biru kat tengah2 tu..Cup cake biru pulak tak de so buat sementara letak je lilin (belum di make up)

kat kanan koleksi biru, kat kiri koleksi pink.

kat tengah ada pulak 2 keping pinggan hijau..so, alasnyapun hijaulah...jadi rojaklah nampaknya pink, hijau dan biru...



kat bawah..belum begitu terancang (eh,..macam nak merancang buat projek perumahan pulak...mcm keje kat pejabat..he3) olehkerana ada bahan2 ni je...so ratna letakkan 3 koleksi pelita, 2 hasil belian dgn eija, 1 kat tengah tu..hadiah dari kumpulan gender2 kat rumah ratna pada 31 jan 2010 dulu.


eh..ni zoom sikit teko dan 6 biji cawan OC yg dah lama ratna beli. rasanya dah 3 tahun lepas kot. cuma nak bg tau..teko ni tak de penutup..masa beli ada tp bila dah balik rumah tak ada..sampai sekarang tak tuntut kat kedai apek kluang tu....kawan2 kat luar tu dah banyak menyimpan OC ni yea...ratna ada yg ini je..jadilah...orang kata biar ada jgn tak ada langsung...he..


cukup dahulu sampai sini..nanti sambung next episode...da...


Monday, April 19, 2010

Buffet and Hutch idaman hatiku dah sampai....

salam semua, dah hampir 2 minggu buffet & hutch ni sampai kat rumah tropika. tak sempat je nak share dengan kawan2. pulak tu, laci yang kat tengah tu uncle tu tak letak lagi tombol bulatnya, rasa macam kurang seri almari ni. anyway ratna gembira dan puas hati dengannya.. tercapai juga cita2 nak beli almari ni. actually ratna tempah khas dr sebuah kilang perabut. designnya tiru sikit dr kedai heritage kluang aritu.

sebenarnya masa raya tahun lepas dah ada hasrat nak beli tapi jalan2 cari kat fella dan kedai lain tak jumpa yg berkenan, so lupakanlah buat seketika...tup tup tengok kedai heritage terus idea datang balik...


Actually ratna nak minta dia spray colour mcm kabinet sediada kat dry kitchen ni warna barley white, tapi dia dah spray lily white pulak...so warnanya lebih kepada white dan bukannya cream. nak wat camna dah siap dah. oklah tu...saiznya pun agak besar, puas jugaklah kalau nak display barang..lepas ni bolehlah bukak kotak barang yg beli kat Kedai Melayu aritu...

kabinet kat heritage, kluang yg ratna tiru sikit designnya. cuma ratna punya belum pasang tombol kat laci tengah.


actually, tempat ni memang kosong tak plan nak letak apa2. masa pindah dulu cadang nak letak simple rak atau frame tapi tak menjadi... entah macamana tiba2 teringin pulak nak letak buffet & hutch mcm kat kedai tu. panggil uncle tu ukur kawasan dan terus tempah. 2 minggu siap..hah..terlaksana jua misi...

dulu2 ada juga intai2 kat internet tengok design buffet & hutch, mcm2 design ada kan...





Konon2 mcm nak tempah yang jenis tertutup tapi dah tengok kat kedai kluang tu berkenan pulak yg terbuka..lepas ni penatlah nak membuang habuk yea...tak pa nak cantik punya pasal....lagipun ratna dah ada design yang mcm 3 gambar kat atas ni...



daa...cukup dahulu sampai di sini storey ari ni..jumpa lagi..bye

Saturday, April 17, 2010

Kisah Ayam dan Kentang

Salam rakan2 semua..hari sabtu ni...ratna sibuk dengan urusan renovation pejabat baru di bandar baru uda. Insyaallah kalau tak ada apa aral opis ratna akan berpindah ke bangunan kedai sendiri juga di bandar baru uda. Alhamdulillah, ada rezeki sikit dapatlah beli kedai sendiri. pejabat yang sekarang tu, dah hampir 3 tahun setengah ratna sewa. next n3 ratna share pejabat ratna sebelum berpindah yea.

malam2 ni mata tak mengantuk pulak. saje nak share kisah ayam dan kentang...

Ayam batu ni ratna beli lengkap dengan bakul, rumput2 dan telor batunya sekali. Beli kat Air Hitam (kawasan kedai lama) dengan harga rm25. sebenarnya ratna ada meeting kat majlis batu pahat. on the way balik JB jalan sorang2 kat air hitam. sambil menyelam minum airlah...akhirnya dapat tangkap ayam batu ni..Dia ada 3 saiz dan ada 3 warna (putih, hitam dan coklat)



sekarang ayam tu dah duduk kat atas almari antik ni lah..duduk dekat tepi sliding door luar rumah (kat dalam abang tak kasi bawak masuk ayam...terutama ayam batu cam ni...)


cerita pasal ayam lagi...Sebenarnya kat dalam rumah pun ada ayam..tapi kain gambar ayam..kecik je kalau tak ye ye tak perasan. Guni hijau ni ditampal kain corak ayam dihadapan, pastu letakkan kentang tiruan kat dalamnya bersama sedikit rumput..ha..dah jadi dah...(beli di kedai kat kotaraya, tp ni adalah hasil kerjatangan Kak Ina..kelllas kan...) Kain ayam ni memang susah nak dapat kat malaysia. kalau tak silap kain ni kat Spotlight Singapore je yang ada..


Da...cukup dulu sampai sini celoteh saya..mata dah ngantuk..bye..



Friday, April 9, 2010

Meraikan rakan sepejabat husband dr KL

salam semua, lama sungguh tak n3, hari ni sempat buat 2 posting pulak. lama dah storey2 ni, nak share tak sempat2 je.. Actually, beberapa minggu yang lepas ada kunjungan dari rakan2 sepejabat husband dari KL yang kebetulan ada tugasan luar di JB. di kesempatan tersebut, kami jamu mereka barbeque dinner...ayam, sotong, udang dan ikan...


persiapan tuan rumah pada waktu petang...


makanan yang sedia untuk di bakar


mi hun dan buah2an..


aktiviti bakar-membakar



acara borak-borak dan posing-posing..


semoga para tetamu berpuashati dengan layanan yang diberikan..terutama pada makanan yang dimakan..

lepas makan kat luar, pekena pulak kopi cap television (kluang) dengan cawan kopitiamku...he..he...


Tuesday, April 6, 2010

salam rindu...


salam rindu buat rakan2 alam maya semua. lama sunggu ratna tak update blog. bukannya apa, cuma sibuk sikit dengan urusan harian di pejabat. bila dah banyak kerja memang tak sempat nak ngadap pc nak update blog ni. pc kat rumah pulak monitornya rosak, tiba2 gelap tak tahu kenapa. minggu lepas balik kampung kluang, minggu sebelumnya husband pulak konvo. mentua dr terengganu datang untuk ke majlis konvo tu..so sibuklah sikit saya ni ha..ha..

alhamdulillah tugasan berat di pejabat dah selesai..rasa ringan sikit kepala minggu ni..sempatlah nak tengok blog.
saje nak share sedikit gambar sekitar majlis konvocation husband baru2 ni..

(bapa mentua, ibu mertua, mira, husband, anwar, mak ratna dibelakang izzah, bibik di sebelah mak, izzah dan alisa di hadapan)..ratna mana?..camerawomenlah...

Monday, March 15, 2010

Kedai Barangan English di Kluang

Salam semua, lepas baca entry kak nj, terus tanya eija kat mana diaorang nampak kedai ni kat kluang. ratna yg orang kluang ni tak perasan pulak kedai ni..minggu lepas lepas meeting kat MPK kluang, ratna singgahlah kedai ni. Kedai kat sebelah Hotel Nagaria Inn, Taman Intan. On the way ke bandar kluang kalau dr air hitam dia sebelah kanan jalan utama, sure boleh nampak.


Barangan yang dijual cantik2 belaka, hargapun berpatutan. Lebih kurang mcm barang yg ada jual di kedai FIDZ, kedai di Kotaraya dan Romantika Angsana. Yang menariknya ratna dpt tangkap...tangkap gambar je..gambar 4 almari yang ada dijual di sini....





eh terposing kat wing chair pulak...


almari hijau ni cantikkan..




ratna pun berkenan yg ini, nampak rustic dan elegan



yang inipun cantik, macam gobok lauk (bahasa org johor). pintunya ada jaring2 mata punai




almari ni yg paling ratna berkenan (kalau undi antara 4, yang ni no. satu)..hasrat di hati nak beli yg ini. kalau letak kat dapur kering ratna tu cantik agaknya, sedondon dengan kabinet cream sediada....berangan lah dulu...harganya 2 ribu lebih..buatan china...tengok budget dululah...


kawan2 yang duduk sekitar Kluang, mcm cik mat gebu tu..ha..apa lagi..pandai2kanlah diri utk terjebak dalam membeli dan mengumpul barangan english pulak..asyik antik je.....acah je..gurau je tau cik mat....jgn marah, antik tetap antik, masak tetap masak..english tetap english semuanya ok kan kawan2...bye...