Monday, December 14, 2009

Zoom..zoom..zoom folkart and decopage lagi

Salam buat rakan2 blog semua..thanks kepada sesiapa yang sudi jadi followers ratna. mana2 yang dah linkkan blog ratna dalam blog masing2 juga ratna ucapkan berbanyak terima kasih. semangat ni nak update blog sebab dah dpt ramai kawan. hari ni curi tulang sikit kat opis buat zoom sikit beberapa projek di luar rumah buat tatapan kawan2. nak cuba buat....cubalah jgn tak cuba..
Sudut kanan rumah (papan welcome masa belajar dengan en zahir di amcorp mall, PJ)

kat sinilah kedudukan welcome dan penyodok tanah besar tu..


ha..penyodok dah jadi macam ni...tiru design kat frame gambar


Ni pulak..beberapa koleksi ratna disebalik panel bunga ros kat tepi rak kasut (sudut kiri rumah)



zoom in bunga zaleha....
gambar bunga zaleha ni dilukis semasa belajar dengan en zahir



zoom sikit kat depan rumah...




Nilah hasil tampal menampal dan folk art (pandangan sebelah tin siraman)
gambar kat tin siram tu sebenarnya ditampal (sticker). lepas tampal ratna touch up dengan warna untuk penuhkan semua permukaan tin..



pandangan sebelah belakang tin siraman (sticker tu ratna kerat dua so dapatlah dua sudut pandangan yang berbeza)





ha...ini projek segera masa nak raya ari tu...letak kat taman sekejap masa open house....tp olehkerana belum varnis ratna letaklah kat dlm dulu...tak sempat nih...







Wednesday, December 9, 2009

Folk art di luar rumah

Hari ni ratna nak share beberapa projek folk art yang ratna lukis dan diletakkan di bahagian luar rumah. Kalau ada sesiapa nak try buat sendiri di rumah silakanlah....cuba jangan tak cuba...
3 keping pinggan reject dari Romantika RM1.00 setelah difolkartkan



kalau nak cuba kena pakai cat untuk ceramic



Topi Nyonya (nak jimat cat pakai cat minyak ICI. lepas tu baru lukis pakai cat arkalik)



Penyodok tanah kecil (digantung digrill di hadapan pintu utama rumah)



Penyodok tanah kecil 2 (bunga hydreangea)






Eh...ada sesat pulak gambar kerusi taman ni....masa n3 ruang taman tertinggal lak dia..kesian..nni yang selit kat sini....(ada kat sudut hadapan taman. Asalnya warna besi tp di cat guna ICI Barly White)




kalau perasan ...dlm n3 yang lepas2 ada peti surat palsu ni kan..ni zoom lebih dekat sikit...senang kekawan nak tiru...Tin ni ratna tempah kat kedai ayan depan Kedai Cat Pontian kat Tampoi. designnya tiru kat internet. sesiapa orang JB tau lah kot. tin kosong klau tak silap RM45. pastu ratna buat folk art bunga ros telor...senang buat bunga ni banding dengan ros yg lapis2 tu..belum terror...mcm suesafia..sifu...


ha..ni pandangan hadapan. ada no. rumah..tp tin ni buat eksyen je..nak masukkan surat susah sebab mulutnya sempit..ala.. suka2 je buat model iklan.....ha..ha..Tiangnya special sikit..sebab abah yang tolong buat..diimport khas dari kluang town..design tiru kat internet la apa lagi..








Teratak Sri Iman dari hadapan...

Salam kawan2 semua. Thanks so much pd rakan2 blog yang sudi mengintai blog ratna yang tak sepertinya ini. Berkat dorongan rakan2lah ratna memberanikan diri membuat blog ini. Hari ini ada masa free sikit petang2 kat ofis sempatlah ratna n3 buat tatapan kalian semua...daa...


Pandangan hadapan Sri Iman, (Precint Arecca Green)
Sesiapa yang sudi nak berkunjung jemputlah masuk....

Pandangan hadapan rumah
Alkisah...lampu putih kat porch ni ratna beli lampu hiasan kat SSF. Pastu panggil orang pasangkan mentol. Jadilah lampu betul. Kerusi putih kat depan tu asalnya warna kayu tp ratna hantar kedai spray colour ICI barly white.
Dinding asal rumah ni mcm biasa je. Olehkerana nak jadikan lebih english...ratna tampal facing brick, dah nampak rustic gitu kan...
Pintu utama dan tingkap kaca tu yang asal tak ubah pun..yang penting...grill tu ratna design sendiri. perasan tak ada mcm daun kat bawah...tiru setia tropika punya logo.

Almari kasut dan store (di sudut kiri rumah, bersebelahan dengan jiran)



Di sudut hadapan (kanan)


Di sudut hadapan (kiri)



Di sudut hadapan (kiri).

Al kisah....3 panel gambar ni ratna tempah dulu2 kat kedai kayu di Kluang. Gambar2 rose ni dulu ratna ada jual tp sekarang dah tutup kedai....



Sunday, November 29, 2009

Almari lama dan orang-orang

Ini adalah satu sudut luar rumah di tepi sliding door. Ada almari lama yang telah di re-branding oleh abah suatu ketika dulu. Dulunya almari tempat display barang kat rumah nenek. dah lama simpan kat store, abah tukarkan kacanya kepada batang2 kayu kecil di pintu dan kiri & kanan badannya. Nak nampak berseri ratna buat decopage bunga rose. Ok tak kawan2?....Orang2 tu projek nak dekat raya dapat idea dari majalah LAMAN.


Lagi sudut di luar rumah

Suatu sudut garden di bahagian belakang yang bersempadan dengan raung ampaian. Pagar kayu putih tiru design dari buku, bangku tempat duduk bawah pokok kemboja pink abah yg buatkan. Pokok buluh dalam pasu baru pindah kat sini selepas ruang dapur tempat tanam pokok sayur dibumbungkan untuk jadi tempat ampaian juga. kesian dia..Di sudut ni juga ada 3 projek folk art yang ratna buat. satu di pasu pokok buluh, satu rumah burung dan satu penyodok garden kecil. Sila komen yea kawan2.


Sekarang ratna nak share projek bawah tingkap dapur di sudut garden pula...Tingkap ni sebenarnya kecil je..cukup untuk bagi pengudaraan di bahagian dapur basah. Nak cantikkan lagi kami buatkan awning hijau ni. Bawahnya tu ratna lukiskan folk art topiari pada pinggan. Jaring bersilang pangkah antara 2 tiang tu antara projek baru kami. Topi kebun yang di folk artkan tu baru buat sebelum open house raya tahun ni. Troli besi putih bawah tingkap tu ada storeynya...jeng...jeng..

Troli besi putih yang penuh misteri....ha ha ha.. Sebenarnya troli ni ratna kutip dari bwah pondok store di rumah abah di kluang. Mula2 warna biru tayarpun dah rosak dan tak boleh jalan. Dapat idea.. cat putih dan nak letak bawah tingkap ni. Ok tak?...


Nilah rupa pinggan yang telah dilukis...


Saturday, November 28, 2009

SRI IMAN di Taman Setia Tropika

Salam semua, seperti yang dijanjikan ratna share pula gambar di rumah baru TERATAK SRI di Taman Sri Tropika, Kempas, Johor Bahru. Nama Sri Iman ini dalah sempena nama rumah menteri besar terengganu negeri kelahiran hubbyku. Ratna akan rakam dalam beberapa part untuk lebih perincian. Part 1 ni adalah bahagian english gardenku.. ha.. ha.. nanti akan disusuli dengan bahagian-bahagian lain di luar rumah kemudain barulah ke dalam rumah...jeng..jeng..Moga kita boleh share idea berkebun dan menghias rumah ala-ala english kononnya.... Kalau ada yang berminat nak komen silakanlah..
WELCOME TO MY ENGLISH GARDENS........
Peti surat olok-olok di hadapan english gardenku...,
rumah burung di pokok Christmas


Overall view my gardens (pandangan dari hadapan)

(pandangan sudut anjung dari dapur ke depan)


(pandangan ke pondok, pagola dan ruang ampaian di luar dapur)


Pondok /pegola tempat kami minum petang


Koleksi gambar rose yang pernahku jual dulu


Ini adalah sebahagian gambar-gambar rose yang pernah ratna jual suatu masa dahulu. Sekarang ni dah tak jual dah.

Koleksi folk art di rumah lama

Lukisan folk art pada tin (dilukis sekitar tahun 2007)

Lagi koleksi foto di rumah lama

Nur Izzah Farhana di suatu sudut di ruang tamu, 2007

Nur Alisa Fatihah sebelum ke Rainbow Kindergarten Consert, 2007


Salam semua, lama dah tak update blog. Busy dengan tugas di pejabat. Ni ratna nak share foto-foto lama semasa di rumah uda. Lepas ni ratna upload foto2 di rumah barulak yea.



Tuesday, November 17, 2009

Koleksi Folk Art yang masih ada di Bandar Baru Uda


Projek folk art yang terawal sekitar tahun 2007

Salam semua. Lama dah Ratna tak update blog. Sibuk dengan urusan kerja di pejabat. Kali ini Ratna nak share sedikit himpunan koleksi dekorasi yang masih ada di rumah Uda. Rumah ni dah nampak kosong sebab barang-barang asas semuanya dah dipindahkan ke Setia Tropika (weekend house). Untuk pengetahuan semua, kami sekeluarga masih tinggal di Uda sebab anak-anak masih bersekolah di sini. Rumah baru yang kami beli 2 tahun lepas di Tropika hanyalah rumah hujung minggu. Penat juga mengemas 2 rumah ni dan tak tahu sampai bila....

Sunday, November 1, 2009

Rumahku di Bandar Baru Uda

Sambutan Hari Lahir Nur Izzah Farhana yang ke 9
Jamuan Hari Raya Tahun 2007 di Bandar Baru Uda


Foto kenangan anak2 bersama bibik Ramlah di anjung luar rumah

Salam semua. Ratna sebenarnya minat nak menghias rumah ala-ala english ni sejak tahun 1999. Dah lama jugaklah. Kumpul barang sikit-sikit dan menghias perlahan-lahan, maklumlah modalnyakan besar. Ni ratna nak share beberapa gambar rumah ratna yang tak seberapanya Sebenarnya ni gambar-gambar lama masa di Bandar Baru Uda sebelum beli rumah baru di Setia Tropika. Nanti ratna share rumah di sana pulak ya.