Sunday, November 29, 2009

Lagi sudut di luar rumah

Suatu sudut garden di bahagian belakang yang bersempadan dengan raung ampaian. Pagar kayu putih tiru design dari buku, bangku tempat duduk bawah pokok kemboja pink abah yg buatkan. Pokok buluh dalam pasu baru pindah kat sini selepas ruang dapur tempat tanam pokok sayur dibumbungkan untuk jadi tempat ampaian juga. kesian dia..Di sudut ni juga ada 3 projek folk art yang ratna buat. satu di pasu pokok buluh, satu rumah burung dan satu penyodok garden kecil. Sila komen yea kawan2.


Sekarang ratna nak share projek bawah tingkap dapur di sudut garden pula...Tingkap ni sebenarnya kecil je..cukup untuk bagi pengudaraan di bahagian dapur basah. Nak cantikkan lagi kami buatkan awning hijau ni. Bawahnya tu ratna lukiskan folk art topiari pada pinggan. Jaring bersilang pangkah antara 2 tiang tu antara projek baru kami. Topi kebun yang di folk artkan tu baru buat sebelum open house raya tahun ni. Troli besi putih bawah tingkap tu ada storeynya...jeng...jeng..

Troli besi putih yang penuh misteri....ha ha ha.. Sebenarnya troli ni ratna kutip dari bwah pondok store di rumah abah di kluang. Mula2 warna biru tayarpun dah rosak dan tak boleh jalan. Dapat idea.. cat putih dan nak letak bawah tingkap ni. Ok tak?...


Nilah rupa pinggan yang telah dilukis...