Showing posts with label Cottage Dry Kitchen. Show all posts
Showing posts with label Cottage Dry Kitchen. Show all posts

Friday, May 14, 2010

Bukak kotak lagi..

Salam kawan2 semua..malam ni bila budak2 dah tidur ratna ambil kesempatan nak n3. Kali ni pasal cerita bukak kotak lagi..Almaklum, bila dah ada tempat nak simpan..barulah kotak2 ni dibuka.

Actually, barang ni hadiah sempena hari raya yang lepas dari main client ratna. Barang ni dibeli dari Vietnam dan ada 2 set. Barulah kali ni ratna dapat mengumpul 2 tureen..selama ni dok tengok kat blog welly dan mat gebu je..

Koleksi Tureen ku yang pertama dan kedua...


keseluruhan set yang ratna dapat..(lebih kepada chinese style, banyak mangkuk dan kurang piring)


pandangan dari atas ada tulisan SETIA (main client ratna SP Setia Berhad)


ha..cop mohor kat belakang tureen since 1970 you....


da....sampai sini storey pasal tureen.... bye...

Wednesday, April 28, 2010

Koleksi yang tidak seberapa...

Salam raka2 semua..kali ni ratna nak share barang2 yg ratna beli kat Kedai Melayu dan sedikit koleksi OC ratna. Olehkerana ratna tak ada koleksi pinggan mangkok yang mahal2 mcm royal albert dan potmarion.. so, koleksi yang murah2 ni jelah yg dapat diletakkan kat sini..Anyway..ratna happy dapat menyimpan sedikit koleksi pinggan2 lama ni..

projek instant macam maggi mee..kain kotak2 beli kat kluang dipotong2 overlap dengan beberapa helai dolly yg dulu ratna beli kat adelaide, australia..tak payah jahit2 pun terus letak...Olehkerana tak cukup bahan nak hias..so, pakai je apa2 bahan yang sediada ada dalam rumah termasuklah cup cake...(sekali pandang mcm himpunan rojak agaknya...dollypun bercampur2 warna...ha..ha..)



overall view...Pun belum begitu mengancam..masih nak kena make up lagi ni...



zoom sikit dari angle kanan kabinet



zoom kat pinggan biru..ada yg maekin made in london ada yg made in china..Olehkerana ianya koleksi biru so ratna letak kain kotak2 biru kat tengah2 tu..Cup cake biru pulak tak de so buat sementara letak je lilin (belum di make up)

kat kanan koleksi biru, kat kiri koleksi pink.

kat tengah ada pulak 2 keping pinggan hijau..so, alasnyapun hijaulah...jadi rojaklah nampaknya pink, hijau dan biru...



kat bawah..belum begitu terancang (eh,..macam nak merancang buat projek perumahan pulak...mcm keje kat pejabat..he3) olehkerana ada bahan2 ni je...so ratna letakkan 3 koleksi pelita, 2 hasil belian dgn eija, 1 kat tengah tu..hadiah dari kumpulan gender2 kat rumah ratna pada 31 jan 2010 dulu.


eh..ni zoom sikit teko dan 6 biji cawan OC yg dah lama ratna beli. rasanya dah 3 tahun lepas kot. cuma nak bg tau..teko ni tak de penutup..masa beli ada tp bila dah balik rumah tak ada..sampai sekarang tak tuntut kat kedai apek kluang tu....kawan2 kat luar tu dah banyak menyimpan OC ni yea...ratna ada yg ini je..jadilah...orang kata biar ada jgn tak ada langsung...he..


cukup dahulu sampai sini..nanti sambung next episode...da...


Monday, April 19, 2010

Buffet and Hutch idaman hatiku dah sampai....

salam semua, dah hampir 2 minggu buffet & hutch ni sampai kat rumah tropika. tak sempat je nak share dengan kawan2. pulak tu, laci yang kat tengah tu uncle tu tak letak lagi tombol bulatnya, rasa macam kurang seri almari ni. anyway ratna gembira dan puas hati dengannya.. tercapai juga cita2 nak beli almari ni. actually ratna tempah khas dr sebuah kilang perabut. designnya tiru sikit dr kedai heritage kluang aritu.

sebenarnya masa raya tahun lepas dah ada hasrat nak beli tapi jalan2 cari kat fella dan kedai lain tak jumpa yg berkenan, so lupakanlah buat seketika...tup tup tengok kedai heritage terus idea datang balik...


Actually ratna nak minta dia spray colour mcm kabinet sediada kat dry kitchen ni warna barley white, tapi dia dah spray lily white pulak...so warnanya lebih kepada white dan bukannya cream. nak wat camna dah siap dah. oklah tu...saiznya pun agak besar, puas jugaklah kalau nak display barang..lepas ni bolehlah bukak kotak barang yg beli kat Kedai Melayu aritu...

kabinet kat heritage, kluang yg ratna tiru sikit designnya. cuma ratna punya belum pasang tombol kat laci tengah.


actually, tempat ni memang kosong tak plan nak letak apa2. masa pindah dulu cadang nak letak simple rak atau frame tapi tak menjadi... entah macamana tiba2 teringin pulak nak letak buffet & hutch mcm kat kedai tu. panggil uncle tu ukur kawasan dan terus tempah. 2 minggu siap..hah..terlaksana jua misi...

dulu2 ada juga intai2 kat internet tengok design buffet & hutch, mcm2 design ada kan...





Konon2 mcm nak tempah yang jenis tertutup tapi dah tengok kat kedai kluang tu berkenan pulak yg terbuka..lepas ni penatlah nak membuang habuk yea...tak pa nak cantik punya pasal....lagipun ratna dah ada design yang mcm 3 gambar kat atas ni...



daa...cukup dahulu sampai di sini storey ari ni..jumpa lagi..bye

Saturday, December 26, 2009

Koleksi dapur kering

sambung post yg semalam...kali ni..... zommm..zoom..apa ada dalam kabinet tu...


bahagian atas ada koleksi rojak..dulu2 beli kat kedai usj (dulu tahun 1999 ratna jual pinggan jugak)
lagi koleksi rojak, atas dari new zealand dan singapura, tengah koleksi dari dr singapura dan romantika

bawah sekali koleksi yg hubby belikan dr new zealand



koleksi pinggan biru2 di sebelah kanan kabinet..ha sebelah dinding yg ada wall papaer tu masih kosong..tengah fikir projek apa nak buat dan letak kat sini..projek tahun 2010 kot...




koleksi biru2 di sebelah kiri..barang2 ni ratna kumpul dah lama dah sekitar tahun 2002 lagi..masa kat rumah lama bbu dah ada..sayang nak let go...simpan je sebagai kenangan...antikkan...



shelf tu beli kat ssf... frame teko dan buah2an..., gambar beli kat singapura frame buat kat kedai cermin tampoi





zoom dekat sikit.....pinggan buah koleksi lama masa menjual pinggan dulu. bakul merah beli kat ssf, dulu letak roti perancis yg dikeringkan tp dah rosak (nak kena buat semula). buat sementara letak bunga je lah...



balang kaca coklat famous amos hadiah orang..



cup cake beli dr kak ina nusa villa, roti pemberian kak ina masa pertama kali berkunjung ke rumah ratna...





zoom...pinggan apek. dapat tangkap teko, bekas gula, mangkok, piring kecil dan 6 pinggan makan. nanti nak cari lagi kat kedai apek tu..he3..


Jemputlah masuk ke dapur (part 1)

Jeng..jeng...selamat datang ke dapur ratna... yang tak sepertinya ini...dapur ratna ni sebenarnya ada dua bahagian..sebelah sini adalah dapur kering berkonsepkan cottage yang sebelah sana dapur basah berkonsepkan country. sini putih sana coklat..


dapur basah diasingkan dengan dapur kering oleh kabinet putih...dapur kering ni asalnya bilik tp ratna exchange dgn dapur basah asal. dapur basah jadi bilik, bilik jd dapur kering......dapur basah baru ratna buat di ruang extention..bersempadan dengan garden/kawasan jemuran



zoom...kabinet putih menempatkan porcelin biru2 dr cina beli kat singapura dulu2



zoom....side tepi tingkap



pandangan dari dapur basah ke dapur kering



kabinet putih cottage style...




zoom...koleksi dulu2 dan sekarang..baru makeup sikit semalam





sempat tambah reben2 kat alas2 dan lace...nak nampak shabby chic cottage kot...acah je..masih perlu banyak belajar dr suesafia...sumber inspirasiku...





zoom...tin susu beli kat kotaraya...baru pakai reben semalam...belum sempat tulis MILK ..
nak sambung lagi ni...ada gambar lg belum upload kawasan ni..