Thursday, July 8, 2010

The Making of My New Office...(Part 1)

Alhamdulillah...Jun 2010, kami dengan resminya berpindah ke opis baru. Setelah genap 5 tahun usia syarikat, akhirnya dapat juga RA berpindah ke premis sendiri. Pejabat terletak di tingkat atas kedai 2 tingkat berhampiran dengan masjid UDA, tingkat bawah masih disewakan kepada D'sinnie Frozen food (menjual makanan frozen dan roti2 burger).

Interior dari luar di bahagian balcony...ada iras2 rumah ratna kat tropika tak?...(facing brick yg lebih dr tropika, ratna tampal kat sini...) tingkap tukar kepada alminium frame warna putih, grill pun putih, corak english...

Posing kat ruang tamu opis semasa celebarate student practical from UiTM, Perak (duduk kat depan). Ratna dan 4 orang staff (kat belakang)

Madam tumpang posing jap....



Ruang tamu dan ruang reception (sedang dalam proses pembikinan) Buat sementara ruang ni kami guna dulu perabut yang lama. Dalam proses nak buat ruang untuk pekerja pentadbiran spt admin asst., rak fail juga sign board opis.

Pandangan ke arah partition yang mengasingkan ruang tamu dan ruang bekerja untuk staff teknikal. Kat tepi ada tangga kayu dan besi untuk naik ke loteng (ruang library dan tempat lepak)



Ruang bekerja bagi 4 orang staff teknikal (lukis pelan dan buat report)

Susunatur sementara untuk ruang reception/ penkeranian, duduk bawah loteng. Loteng ni ratna buat selepas beli kedai ni.



Handrail rod iron (design sendiri) Ha..kat tepi tu ada 2 kerusi rotan IKEA putih ngan bunga...kalau sesiapa datang boleh ngeteh kat atas.


Lantai papan lamina Floor Depot kat dalam bilik ratna (gambar semasa belum masuk perabut dan lain2)


grill putih tingkap bilik ratna (sama design untuk semua tingkap)



lampu kat dlm bilik ratna, beli kat kedai lampu sekitar Tampoi Lighting Center


kabinet fail dalam bilik ratna (ditempah dari Mutiara Waha Enterprise, Kg Melayu), kualiti terjamin...harga berpatutan) warna putih cream seakan2 warna papan lantai.




tingkap kat surau (kat belakang)..sebelum pasang blind



setelah pasang roll blind (design pilih dr catalog)


end of part 1..to be continued ...


so..kawan2 sampai sini dulu cerita pasal opis baru ratna dgn kawan2. kalau nak tahu inilah yg ratna sibukkan dalam bulan 5 dan 6 ni...sibuk menguruskan pejabat baru...sampai tak sempat nak update blog....anyway...ratna rindu sangat2 dengan kalian..kadang2 curi2 jgk baca blog2 yg ada update...thanks so much kepada sesiapa yg selalu jalan2 kat blog ratna...hope can share something...bye.....