Saturday, January 9, 2010

Welcome To My Country Wet Kitchen



Salam buat semua rakan2 blog yg lama dan yang baru pertama kali berkunjung..thanks kerana sudi jengah rumah dan isi2 rumah yang tidak sepertinya ini..Kali ini ratna nak share dgn kawan2 kawasan dapur basah dan separa basah kot..

Dapur idaman ratna kat kawasan ni sebenarnya imej country sebab tu warna kabinet, tile dinding dan lantai pakai terra cotta.


Pandangan dari dapur kering ke dapur basah
(kabinet menyimpan barang dan tempat buat air dan susu Anwar)


DAPUR BASAH SUDUT KIRI


Tempat masakku yang simple


Atas, ada himpunan enamel, tin biskut, bakul merah SSF




Kat dinding tepi sink ada hasil belajar folkart dengan En. Zahir Creative Cottage


cerita pasal tile terra cotta kat dinding, kat dinding ni kontraktor potong kecil2 dr yang besar. dah siap potong baru tampal satu2..leceh dan rumit nak buat..tapi ratna puas hati..terra di lantai dan di dinding..



Zoom tin susu lembu tempah kat kedai ayan, Tampoi. ratna tampal sticker lembu




Zoom sikit...apa yg ada kat atas kabinet (atas dapur masak)


NEXT.......KABINET SUDUT TENGAH (ATAS SINK)





gambar bawah : sedikit koleksi jug kecil enamel merah..MILO tampal sendiri, periuk kecil bertutup kuning (beli kat kedai 2 ringgit),


gambar atas : tiga periuk bertelinga berlainan warna, bentuk dan saiz (enamel all come in kluang



NEXT...DAPUR BASAH SUDUT KIRI (BERSEMPADAN DENGAN DAPUR KERING)



Tempat masak kanan, sink kat tengah, peri ais kat kiri bersempadan dengan dapur kering.
Atas ada koleksi enamel from Kluang With Love..iaitu periuk 4 beradik dan 1 mangkok besar..

Guni comel berisi batu dan surat khabar..(asal berat dan gemuk) ratna tuliskan FLOUR. Guni pemberian kak ina (Zalina, Anjung Seri) semasa kak ina dtg rumah ratna di Tropika ni..


(Gambar lama)

Dulu guni duduk atas peti ais bersama2 dgn sebakul epal, tp hari ni dah bertukar tempat, yang lain masih sama.



Zoom..dekat sikit.....Projek akan datang nak tampal tulisan kat periuk2 ni contohnya Flour, Rice, Mee dan lain2...

Bakul epal dah tinggal berdua dengan bunga je..kesian..




Zoom...bakul dan epal2 nya....Bakul kosong beli kat SSF, ratna letakkan kain merah kotak2 dan epal tiruan...dalamnya letak surat khabarlah...mcm buat hantaran dulu2 tu...




Zoom....Periuk enamel bertutup 4 beradik



NEXT...DAPUR KERING DI DAPUR BASAH..SEPARA BASAH KOT...



(pandangan dari tempat masak ke dapur kering)

koleksi masih belum banyak dan kurang kemas...masih dalam proses upgrading kononnya..



Zoom..tengok apa yang ada..

slice cake beli dr kak ina, roti2 from SSF, tier beli kat SSF, pelita...eija punyalah tu..,

kotak kayu hijau (beli kat adelaide) simpan 3 in 1 coffee kluang cap television (promosi!!!),

papan tulis meals beli kat adelaide jugak...




sudut buat air teh, kopi dan sebagainya...he..he..




Pelita asal eija sebelum di make up


Pelita eija selepas di make up

zoom sikit...slice cake beli dari kak ina



Kotak hijau isi kopi cap television, kluang 3 in 1. kotak ni beli masa jalan2 meronda kat adelaide, masa tu melawat husband yg belajar 3 bulan kat sana dlm program phd utm dan u adelaide. banyak jugak kedai bundel yg kami redah. nasib2 dapat brg folk art ni. juga dapat beberapa piring dan cawan juga brg2 lain..next time ratna n3 koleksi tu lak.

papan meal juga beli dr kedai bundel kat adelaide




LAUNDRY AREA KAT DAPUR BASAH




eh..tertinggal pulak..kawasan laundry saya...

dulu2 tak plan nak letak mesin basuh kat luar sebab masa tu tempat jemuran tak pasang bumbung lagi. jadi mesin duduk dlm rumah kat tepi pintu keluar tepi dapur masak.

dulu2 ratna buatkan sinage ni...simple je kan.....



Mari tengok pulak tengok apa isi dalam kabinet...



cawan bawah abang belikan kat JB Bazaar, tengah cawan kopitiam from Kluang, atas beli kat Sogo dulu2...


bawah, tea set beli kat metrojaya, atas kiri dari Lovelylace, atas kanan cawan antik from Kluang




intai kat atas kabinet pulak....ada himpunan tin yang baru jinak2 nak mengumpul...ada beli kat kotaraya, ada buat sendiri dan ada tin lama2


oklah kawan2...panjang pula post kali ni...harap tak bosan...saja je suka2 nak share dengan kawan2..bukan senang nak entry waktu keje jadi kesempatan tak keje ni lah ratna cuba posting byk sikit. moga2 kawan2 mendapat idea untuk rumah sendiri atau untuk jualan...juga dapat beberapa lubang kat mana nak hunting....bye..jumpa lagi..