Kali ni nak share pulak hasil folkart ratna semasa pergi class dengan en. zahir, creative cottage, amcorp mall, PJ minggu lepas, beberapa hari sebelum acara gadering. Sebenarnya pagi tu ratna ada kerja kat Ampang petang tu pulak free sementara menunggu husband abis waktu pejabat pkl 4.30 ptg. Olehkerana besoknya dia ambik cuti (jumaat), jadi ratna baliklah ke JB dengan dia. (Husband keje kat Jab. Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia, Jalan Chenderasari, KL, dah masuk 8 bulan)..kesian saye..


Actually dah lama dah ratna tak sambung buat class berdasarkan apa2 project kat sini. maklumlah class asas dah tamat, time nak buat project ni dah malas sikit. lagipun masa yang selalu tak mengizinkan...tahun lepas buat rose scallop (mcm yg ratna lukis kat peti surat hijau)..tahun ni dpt buat ayampun jadilah....
cabaran baru tahun 2010...nak memenuhi impian adik2 dan kakak2 di sekitar JB yg nak belajar folkart..cabaran utama adalah..sifu kecik ni taklah terror mana..cabaran kedua..susah nak dpt cat dan alatan lain......
InsyaAllah akan ratna tunaikan hasrat kalian..di waktu dan ketika yang bersesuaian...(nak wat mesyuarat dulu ngan my weekend husband and my weekend house)...he..he..tara..bye..